Friday, October 22, 2010

4 mazhab-wanita-



 

pendapat tentang pemakaian purdhah...........
Assalamualaikum sahabat-sahabat. Sekali lagi ana menulis. Hanya untuk pengenalan dan perkongsian bersama.
Pertama sekali, ana nak beritahu la sikit tentang pandangan ulama’ berkenaan dengan niqab ni. Tidak semua orang mengetahui tentang ini. Ada yang main taram pakai tanpa tahu hukum dan khilaf ulama’. Tapi yang ana perhatikan, pemakaian purdah ini semakin diambil cakna oleh muslimat Malaysia. Penangan Ayat-Ayat Cinta kah? InsyaALLAH tidak kan sahabat-sahabat. Ana tahu ada yang ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam dan tekad yang kuat untuk meneruskan sunnah yang kian lapuk ini. Pemakaian purdah oleh wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan ulama. Ulama’ berselisih pendapat sejak dulu hingga sekarang. Puncanya adalah kerana dalil-dalil berkaitan purdah ini tidak ada dalil yang jelas dan nyata. Para ulama’ menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing dalam memahami nas-nas tersebut.
Jadi, berlakulah perselisihan tersebut dan puncanya adalah dari penafsiran ayat dari surah an nur iaitu:
Firman Allah Taala bermaksud:

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

(Surah al-Nur: Ayat 31).
Berdasarkan dalil dari ayat 31 surah an-nur ini, sebilangan ulama’ berpendapat muka dan kedua tapak tangan adalah aurat dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mestilah memakai purdah. Sebilangan lagi berpendapat muka dan tapak tangan bukan aurat dan memakai purdah adalah bukan satu perkara yang wajib. Di bawah ini disertakan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas berkenaan aurat di hadapan bukan mahram. Di sini juga tidak dinyatakan munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

HaRakah-ciri-ciri-

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An’am 6: Ayat 162)
Harakah Islamiyah bukanlah sebuah organisasi sebagaimana sebuah parti politik biasa pada masa sekarang. Harakah Islamiyah juga bukanlah sebuah organisasi yang menjadi tempat perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin bagi mencapai tujuan-tujuan atau kepentingan peribadi sebagaimana yang berlaku dalam organisasi-organisasi lain pada hari in. Tetapi yang lebih penting dalam Harakah Islamiyah ialah pemimpin atasan atau orang besar terlebih dahulu mematuhi syariat Allah sebelum diikuti oleh para pengikut bawahan dan anggota biasa.
2. Gerakan Yang Bersifat Tersendiri.
Harakah Islamiyah bersifat tersendiri dengan maksud kelahirannya di tengah-tengah (umat Islam), (di atas dasar kesedaran mereka sendiri) bukan diimpot atau ditiru dari timur mahupun dari barat sebagaimana lahirnya organisasi dan persatuan-persatuan yang lain. Ini adalah kerana dakwah kita (yang dibawa oleh Harakah Islamiyah) adalah dakwah kepada Allah manakala perasaan berhajat kepada agama pula merupakan satu ciri yang sangat kuat bagi umat ini. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat penting. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya, iaitu ajaran Islam itu sendiri.

Islam xpernah memulaukan masyarakat@umatnya....jgn rse dri sndri baik sangat sampaikan sume org disekelilingnya salah........ingat la kte hdup di mke bumi ALLAH ni hny smntra.......mencari ilmu biar la b'pada-pada......
renung-renungkan..........

"berdakwahlah jika mahu b'dakwah tp gunalah uslub yg btul......"
1. Gerakan Yang Bersifat Rabbaniyyah.
Harakah Islamiyah adalah bersifat Rabbani kerana keseluruhan konsep, hukum-hakam, akhlak, tata-tusila dan pemikirannya adalah bersumber dari agama Allah yang kekal abadi dan risalah yang terakhir. Harakah Islamiyah adalah satu gerakan menyeru manusia kepada Allah bukannya kepada kepentingan para petugas di dalamnya atau orang-orang yang memikul tanggungjawab. Allah berfirman:

saHabat

Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?



Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan studi dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di UIA sendiri. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?



Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Saya telah hadapi benda ini berkali kali.

Tapi saya tidak bersua muka dengan mereka. Sebaliknya saya doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata saya. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan seterusnya- Hasut.



Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.



Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Saya pernah. Dan kawan saya ni burukkan saya dekat Lecturer saya sendiri. Sampaikan saya dengan kawan yg sama-sama jadi mangsa terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang boleh saya buat? KAWAN BAIK SAYA SENDIRI.


*Saya tidak ada jalan penyelesaian bagi permasalahan ni. cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati lah dalam berkawan.
Ini hanya pandangan saya, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!*