Saturday, September 11, 2010

APA ITU KISMIS ?


Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.
KANDUNGAN KISMIS






Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.



iii) KELEBIHAN KISMIS



Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.



Nabi Muhammad SAW bersabda:



“Biasakanlah memakan kismis

kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”





Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:





a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan

b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan

c) Melawaskan pembuangan air besar

d) Melindungi hati

e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit

f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

g) Membantu sebagai penerang hati

h) Membantu menguatkan hafalan

i) Membantu menajamkan mata dan minda

j) Membantu memulihkan keletihan saraf

k) Membantu menguatkan daya ingatan

l) Membantu mengurangkan stress

m) Membantu merawat penyakit histeria

n) Membantu merawat penyakit gementar

o) Membantu merawat penyakit anemia

p) Membantu merawat masalah sembelit

q) Membantu merawat masalah pelupa

r) Menambah fahaman serta minat belajar

s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.

-dOsa WaRisAn-

Apakah dose warisan?
  • dikenali sebagai Origanal Sin adalah antara rukun iman yg utama di dlm agama Kristian.kristian percaya bahawa nabi Adam lah yg menyebabkan terjadinya dosa warisan ini.ini adalah kerana baginda telah melanggar perintah Allah dgn mmakan buah dari pohon larangan setelah terpedaya dgn godaan iblis.ini telah dinyatakan di dlm perjanjian Lama(Kejadian 3:6):
                    Perempuan   itu lihat pokok itu sangat cantik dan buahnya enak di makan.D ia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana.Maka dia memetik buah itu dan memakannya serta ia juga memberikan kepada suaminya lalu suaminya memakan buah itu.

  • Oleh kerana seluruh manusia itu anak Adam,maka manusia turut menanggung dan mewarisi dosa Adam.Bahkan bayi yg baru lahir  pun turut sama mempunyai dosa warisan ini.Di sini lah bermulanya asal usul dosa warisan dan orang2 Kristian mesti meyakininya untuk membenarkan penyaliban Jesus sebagai penebus dosa warisan tersebut

Wednesday, September 8, 2010

unique love

U-unggas berterbangan mencari laluannya..........

N-nur di awangan makin redup........
I-ilham di minda makin cerah......
Q-qalbu makin mampat dengan ayat suci al quran.........
U-uniknya ciptaan Maha Pencipta.......‎
E-embun di awal pagi mampu menitis

L-langit redup penutup tirai..........
O-ombak menghembus lembut lembut ibarat mengalun ayat suci al quran..........
V-violet memainkan nada sayu menyusun bait- bait puisi
E-Elya mahabbah beerti keunggulan cinta.......




‎9/‎9/‎2010